Siapa Muhammad Asyraf bin Dahrin.

Assalamualaikum...

Okay hari ni nak cerita siapa muhammad asyraf b dahrin tu. hahaha okayy firstly aku kenal asyraf ni dekat facebook. Dia yang start tegur aku dekat Fb tu.. dia panggil aku artis, dah kenapa mamat ni panggil aku artis.? mungkin sebab nama aku kat Fb tu kot "hayleywilliams". haha pelik pelik je asyraf tu. lepastu kitaorg kenal kenal la, ada ke patut dia cakap aku kerek. actually aku tak tahu pun aku layan dia macam tu sebab selama ni memang aku layan budak budak dekat Fb tu macam tu. hahaha. Ada 1 haritu dia tipu aku, dia kata dia orang susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang la, tandas kat luar la bagai bagai la. pandai betul buat cerita, aku pun percaya la, cakap baik baik sebab taknak dia terasa hati ke, lepastu dia cakap aku tak kerek pula. ek eleh mamat ni dah kenapa ntah -_-''

Entah mengapa dan bagaimana kitaorg boleh panggil "biyboo" and "bbygirl". aku tak ingat la, time ni aku ada bf, tapi ada bf macam ada takda je, malas aku nak layan. -..- time ni aku aktif dekat twitter taw, dia suruh aku follow dia kat twitter, masa tu name kat twitter dia "farysanirhad" oh farysa mybe gf dia kot. Alahh biasa la lelaki mana nak ngaku ada gf kan :) lepastu kitaorg gedik gedik dekat twitter pula. masa gedik gedik tu kan, dia pun ada gedik gedik dengan seorang girl ni. agak jealous la juga, tapi aku buat donoo je sebab aku dah ada bf kan :D hahaha.

Kitaorg selalu contact taw, dah macam couple, yang aku pula bf entah ke mana, dia texting aku tak layan sebab nak balas dendam katakan kan :) haritu aku kat kelantan sebab pakcik aku kahwin dekat sana. Korang tahu kelantan banjir beb ! seronok main aiyak(air) hahaha *cerita yang takda kena mengena -.- okay okay dah malam malam tu sebab penat tengok pakcik aku kahwin aku rehat rehat and texting dengan asyraf, ntah kenapa tiba tiba dia cakap ada benda yang serious dia nak katakan. erk okayy hati berdeborr bila baca text dia, okay aku pun serious then nak tahu dia kata apa, dia kata dia mula suka aku. hahaha aku gelak gila babi wey sampai makcik aku "wey na kau kena sampuk ke? diam sikit boleh tak, nak tidur la" aku pandang kerek kat makcik aku -,- nasib baik gelap, takda la dia nampak sangat muka aku. hahaha dah habis gelak tu aku pun bagitahu la yang aku pun mula sukakan dia. aku gelakkan dia gila babi bukan sebab benda ni kelakar taw, aku gelak sebab aku nak cover malu walaupun dia tak nampak muka aku merah gila time tu. Tapi aku rasa aku buat ayat sedih la dekat dia, yang aku dah ada bf, dia kecewa. *okayy aku lupa sebenarnya.

Ada masa tu bf aku text aku, aku pun reply je lah, kesian kan asyik di abaikan je. text punya text dia perasan yang aku dah lain. aku pun apa lagi straight to the point la, aku cakap yang aku takda perasaan, hati dekat dia. dia pula? hahaha cengeng. merayu bagai nak rak nak kat aku. salah aku ke sebab takda perasaan dekat kau ? kau yg tinggalkan aku. terima saja lah dengan seadanya :) *okay sekarang macam dah masuk cerita lain je -_-''. lepas lose contact dengan mamat tu, aku bagitahu dengan asyraf yang aku dah takda apa apa sekarang dengan mamat tu. dannnnnn dia bertanya macam macam sampai penat la aku nak type semuanya ==''