First Time berjauhan dengan keluarga, dan belajar di Shahputra

Assalamualaikum...

Hai korang dah lama kau tak update apa apa kan dekat blog ni.. maklum la teknologi dah maju sekarang, macam macam ada. instagram la, keek la, twitter la, macam macam ada sampai aku ignore blog ni. hahaha. Okay hari ni aku nak story pasal first time aku berjauhan dengan parents aku. sedih gilaa bila berjauhan dengan parents ni. dah terbiasa duduk bawah ketiak ibu dengan abah tuptup kena pindah ke kuantan sebab aku dapat sambung belajar dekat sana. Mula mula aku rasa nak pindah, sebab jauhkan diri daripada kekusutan katakan, ekceli nak jauhkan diri pada ex, bila dah berjauhan tu, rindu pula kat ibu dengan abah, kata taknak belajar sini la, taknak duduk sini la, macam macam lah, last last kena membebel dengan ibu. hahaha. Aku duduk sini, ramai kawan. bagai bagai rupa dengan ragam manusia kat sini, ada yang poyo la, bajet hot la, yang warak sampai pakai macam ninja la. huhu.

firstly aku sampai kuantan ni, sebenarnya dah pernah sampai ke kuantan sebab pakcik aku tinggal sini, okay dah sampai kuantan ni aku dengan parents aku pergi roda roda dekat Shahputra, aku dengan muka sememeh buat bodoh je, malas nak ambil port. then dah penat pusing pusing tu kitaorg semua otw ke rumah pakjang pula. tumpang sehari. Esok tu, hari untuk aku daftar nama, dah sampai Shahputra tu, biasalah kena daftar nama bagai bagai. lepastu dengar taklimat sikit dah pemilik Shahputra ni. apa benda dia membebel aku tak ambil tahu langsung sebab...... aku mengantuk sangat weyy. hahaha. Dah habis taklimat masa untuk kitaorg pergi ke hostel kita.

Masa nak pergi ke hostel tu, aku naik bus Shahputra, dan di situ la bermulanya perkenalan aku dengan hazlily. Dia ke aku yang tegur dulu tak ingat, aku rasa dia dulu kot, aku malas nak tegur sebab muka dia Ya Allah kerek gila. hahaha, okay dah borak borak tu sampai tak sedar dah sampai. hoho bila dah sampai tu kitaorg kena naik tangga hostel tu, tinggi wey, takda lif ke T.T penat sangat.. oh oo nak tahu kat mana parents aku? aku cari cari juga, rupa rupanya depa sampai dulu baru aku. semangat betul nak suruh anak dia tinggal dekat situ T^T okayy dah naik tangga tu cari bilik pula, tak sangka la beb aku sama bilik dengan hazlily tu. hahaha kitaorg pergi pilih locker dengan katil nak tidur nanti. weyy panas gila bila tu, kipas gantung kat dinding tu ada 2 je, orang sebanyak 12 orang. kepala buto dia. -.-'' dah siap siap kemas tu, ibu ajak beli barang yang tak beli lagi. Ibu dengan abah bawa pergi ECM dahla itu first time pergi mall. bila nak balik tu sesat sekejap. hahaha pusing punya pusing akhirnya dapat juga jalan keluar. dah sampai hostel tu ibu tak naik, tak larat kot sebab tinggi sangat. dah salam ibu abah hanim tu terus naik atas lepak lepak kenal dengan budak bilik.

Keesokan harinya masa untuk intake 3 jun orentasi selama seminggu. macam haram la orentasi tu. hahaha best gila. tapi kadang kadang bosan juga. aku sama group dengan shera, budak bilik aku. dia okay la baik, sopan, lemah lembut, suara alahai slow je. hahaha. lepastu start la game kitaorg sampai seminggu.Aku sebenarnya penat update banyak banyak ni. k la tamat untuk harini :*