Bila dia dah kerja, semuanya berubah, semuanya jadi tak tentu hala. Kalau boleh hari hari la nak gaduh. ya Allah seksanyaaa aku rasa.. Aku rasa dah naik kering air mata ni :( Aku nak kehidupan aku dengan dia yang dulu ! kenapa boleh berubah ni.. Aku lemah la macam ni.. hmm Sebulan aku merana, hati aku tak terteram, sakit hati semua ada la sebab ? fikir bukab bukan pasal dia, lepastu tuduh menuduh pula.. kalau dulu gaduh mesti dia berusaha pujuk au, tapi sekarang aku tak nampak dia pujuk, dia lagi rela aku pergi tinggalkan dia. hmm *anggapan saja ini.

31.10 dia pergi sarawak, sebab ada kerja dekat sana. memang ignore aku langsung la cerita dia, mesej ? ehm sekejap gila, tak sampai 5 text dia dah tidur. hmm kenapa mesti jadi macam ni doh ! Aku rasa terseksa gila. aku dah terbiasa hari hari text dengan dia, tiba tiba macam ni pula..  ya Allah kenapa aku kau uji sebegini, aku lemah, aku tak kuat nak hadapi semua ni, banyak kali aku minta supaya engkau ringankan bebanan ini, tapi kenapa makin lama makin berat bebanan engkau bagi pada aku :(

3.1 hari anniversary aku dengan dia yang ke 7 month. Dia langsung tak wish.. ya Allah, aku sabar je la, aku tunggu dia wish baru aku wish, sampai la 4.1 dia tak wish langsung. hmm dia ni kenapa sebenarnyaaa. apa yang dia buat belakang aku, Aku takut dia main mainkan aku. aku taknak asyraf yang zaman dulu dulu tu muncul semula.. aku takut wey, aku dah banyak kali disakiti, dia dah janji dengan aku yang dia takkan sakiti aku, tapi mana ? sejak kerja semua jadi huru hara ! Aku cemburu kau dengan ex2 kau. kau sanggup ponteng sekolah bagai2 la semata mata nak jumpa dengan ex2 kau tu.. kenapa bila aku susah kau nak buat macam tu, aku cemburu dengan ex2 kau sebab kau sentiasa dekat dengan diorang. anytime call je pasti kau pergi jumpa diorang. tapi bila dengan aku kenapa tak wey.. kenapa tak... Aku cemburu gila wey :( hm hampir pukul 12, baru aku wish anniversary kita, itupun kau tak balas, sebab kau tidur. aku tunggu msj kau sampai pukul 3 lebih wey.. aku tunggu kau wish, makan pun terabai.. bodoh la !!!!

5.1 baru kau wish, kau minta maaf bagai. aku rasa macam takda apa apa je bila kau wish. aku rasa macam aku hidup sorang sorang selama ni. selama ni aku rasa aku bercinta cinto sorang sorang. hmm aku tak tahu nak taip apa dah, aku kecewa gila sejak kau kerja asyraf. hmm
Assalamualaikum...

Boleh ke aku bahagia lagi? boleh ke aku gelak ketawa selepas ini? kenapa sekelip mata kehidupan aku berubah :( kenapa aku dah tak bahagia seperti dulu.. aku rindu saat aku dengan dia.. kenapa aku diuji sebegini. :( kenapa ???

Aku benci kehidupan aku sekaraang, aku tak kuat nak terima dugaan macam ni.. tolong la faham aku !! hmm sekarang dia dah lain sangat. Aku dapat rasa kan yang dia dah berubah hati tapi dia tak tunjuk, mungkin dia taknak aku kecewa.. Ya Allah aku harap apa yang aku katakan semuanya tu tak betul. Tapi kenapa sejak kebelakangan ni aku tak sedap hati. Always fikir bukan bukan pasal dia..

Hmm sekarang kami dah jarang otp, bila aku call je dia mesti ada benda nak suruh kami stop otp. contoh macam tadi, benda tu aku boleh saja je tunggu, tapi dia cakap sekejap lagi call balik, org nak basuh muka, weyy lama sangat ke nak basuh muka tu ?? aku boleh saja tunggu tapi kenapa jadi macam ni.. Ya Allah sampai ke situ aku fikir.. kenapa dengan aku ni.. :(

Ya Allah, aku rasa lemah sangat, aku rasa aku bukan dalam dunia yang asal, aku dalam dunia aku. Aku tak boleh hidup macam ni.. Asyraf tolong faham aku asyraf.. dulu kau tak macam ni asyraf, always bersama dengan aku tapi sekarang kenapa tak asyraf. kenapa kau suka buat aku fikir negative pasal kau asyraf !

Penatnyaa nak melepasi dugaan ini, kenapa aku seorang saja yang kena, kenapa !!??



Assalamualaikum...

Aku rindu sangat dekat Asyraf. rindu sangat :( bila biyboo nak datang kuantan lagi, jumpa bbbygirl. luangkan masa dengan bbygirl. bbygirl rindu biyboo sangat, bbygirl nak peluk biyboo kuat kuat :( bbygirl nak biyboo depan mata bbygirl, bbygirl nak biyboo buat bbygirl gelak gelak. bbygirl nak biyboo buat muka comel biyboo. nak kiss biyboo, nak baring atas lengan, peha biyboo. nak main perut biyboo, nak tengok biyboo tidur, nak kejut biyboo bangun pagi. :( nak pergi breakfast sama sama. hmmm

Biyboo datang la sini biyboo. bbygirl nak jalan jalan dengan biyboo. nak pergi pantai sama sama. makan keropok kat atas batu.. main air laut.. nak semua tu.. biyboo.. biyboo baca tak ni ???? biyboo tahu tak rindu tu sangat pedih. hati bbygirl sakit sangat sebab bbygirl terlalu rindukan biyboo. biyboo tahu tak ! bbygirl rasa down gila sayang... biyboo !! :'(
Assalamualaikum...

Biyboo, rindu sangat dekat biyboo.. bbygirl nak biyboo yang dulu, sentiasa berada di sisi bbygirl, sentiasa caring, take care pasal bbygirl :'( bbygirl rindu biyboo sangat.. sekarang biyboo busy dengan kerjaya biyboo. Selalu kalau biyboo bangun je dari tidur, biyboo aku contact bbygirl sampai la tengah malam. tak pernah renggang. tapi sekarang... hmmm rindu nyaaa. :(

Sebelum sayang terima bekerja kat situ, setiap bulan biyboo akan datang kat kuantan, sebab nak jumpa bbygirl.. biyboo nak luangkan masa dengan bbygirl tapi sekarang dah susah sangat biyboo nak datang sini.. hmm rindu sangat kat biyboo, rindu nak luangkan masa bersama dengan biyboo. rindu nak usik usik biyboo, rindu nak tengok biyboo senyum, buat muka marah tapi tak jadi.. bbygirl rindu semuanyaaa :( biyboo tak macam ex ex bbygirl. biyboo baik sangat dengan bbygirl, bbygirl senang bila dengan biyboo or di samping biyboo. tapi bila dah macam ni, banyak benda yang bukan bukan bbygirl fikir pasal biyboo.

Biyboo, bbygirl taknak tinggalkan biyboo.. bbygirl sayang biyboo sangat. sayang sangat... :'( bbygirl nak kita kekal selamanya macam pernah kita janjikan selama ni.. :( bbygirl minta maaf sebab tak dapat nak buang ego ini.. bbygirl tahu bbygirl banyak minta break, kadang kadang benda yang tak masuk akal pun bbygirl pernah minta break.. dah banyak kali bbygirl janji dekat biyboo yang bbygirl takkan sebut perkataan break. tapi bbygirl mungkiri, bbygirl sebut juga ! maafkan bbygirl biyboo :'( maafkan bbygirl :'( bbygirl terlalu cintakan biyboo :'(
Assalamualaikum..

Hari ni sedih sangat wey,  kalau dulu aku dengan ex aku, aku tak kisah tak text, tak call and apa apa je lah. Tapi bila dengan Asyraf aku rasa lain. Semua tak kena apa yang Asyraf buat. Aku risau keadaan dia, dia ada mengatal ke tak, perempuan ada gedik gedik tak dengan dia.. hmm risaunyaaaa :’( nak tahu kenapa aku sedih. Sebab harini Asyraf dah start kerja (30.9.2013) kalau dulu mana ada di kerja bagai, kalau busy pun sekejap je.. tapi sekarang. Ya Allah , Allah saja yang tahu apa yang aku fikirkan sekarang ni.. otak aku rasa tak betul, belajar pun ntah kemana laa. Hmmm L

Hm tadi kami otp, then aku cakap yang aku dah takda boyfriend lagi dah. Tapi dia tak faham apa yang aku maksudkan tu. Setiap hari setiap masa kami bersama tapi sekarang tak. Kalau busy pun bagitahu, takda la aku tunggu. Hmm dulu masa aku menunggu class aku start, aku selalu suruh dia teman aku sampai 3:30 tapi sekarang dah takda, dia busy dengan kerja dia.


Hmm takpe la nak buat macam mana, adil la aku busy dia pun busy. Dulu dia tunggu aku, sekarang ni pula aku yang tunggu dia.. uwahhh rasa hidup aku macam tak lengkap dah sekarang ni. -_-“ kalau kes gaduh lain cerita, kalau aku ignore dia bermakna aku nak diaaaaaaaaaaaaaaa…. Faham faham je la perempuan, mengada ngadakan. Tapi ignore ignore juga, bila tak text tu rasa lain macam je. Takpe sabar husna. Ego kau kena tinggi sikit. Hehehe :*

03.04.2013 (2.50 am)

Assalamualaikum...

Hai korang, hari ni nak cerita mengenai tarikh itu.. Apa yang special nyaa tarikh tu ? Tarikh tu bermula nya hubungan aku dengan asyraf. Lepas aku bagitahu yang aku dah takda apa-apa dengan mamat tu dia sudah mula keluarkan ayat ayat manis dia, *nak bagi aku cair la.. hahaha. Aku pun apa lagi layan saja laa.. kalau dah suka memang angau la cerita dia. :D okay nak tahu dia lamar aku macam mana. Aku tak ingat taw dia buat ayat macam mana, tapi aku buat seiras seiras sikit macam ayat dia tu. "Nur farhnal husna sudi tak bbygirl jadi pasangan biyboo" macam ni kot ayat dia rasa nya. aku pun dah lupa. dah lama la cerita ni :) Aku pun apa la lagi, tarif nafas dalam dalam hembus kuat kuat aku habaq kat dia aku terima diaaa.. so dari situ la terhasilnyaa tarikh 03.04.2013 :') hahaha.

Sudah lama kami jalinkan hubungan kami sebagai boyfriend girlfriend, ada satu masa tu, genap kami seminggu, dia buat kan gambar comel untuk aku.. alololo so sweet.. nak tengok gambar tu? jap ehh...

ni hah !! sweet je haha. asyraf cakap sorry, eja anniversary salah..

Dia ada juga buat video untuk aku.. nak tengok :D jap ehh 

ni hah !!!


hah ! tu la video dia.. lawak je.. baru seminggu dah macam apa. mula mula aku fikir taknak la serious sangat, sebab dah banyak kali kot kena tinggal, disakiti.. haihh.. :') Asyraf pesan jangan lupa tarikh penting ni, kalau boleh masa kita couple tu pun jangan lupa. 2:50 ! ouhh asyraf ni serious bebenor :D Iloveyou sayanggg :*


Siapa Muhammad Asyraf bin Dahrin.

Assalamualaikum...

Okay hari ni nak cerita siapa muhammad asyraf b dahrin tu. hahaha okayy firstly aku kenal asyraf ni dekat facebook. Dia yang start tegur aku dekat Fb tu.. dia panggil aku artis, dah kenapa mamat ni panggil aku artis.? mungkin sebab nama aku kat Fb tu kot "hayleywilliams". haha pelik pelik je asyraf tu. lepastu kitaorg kenal kenal la, ada ke patut dia cakap aku kerek. actually aku tak tahu pun aku layan dia macam tu sebab selama ni memang aku layan budak budak dekat Fb tu macam tu. hahaha. Ada 1 haritu dia tipu aku, dia kata dia orang susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang la, tandas kat luar la bagai bagai la. pandai betul buat cerita, aku pun percaya la, cakap baik baik sebab taknak dia terasa hati ke, lepastu dia cakap aku tak kerek pula. ek eleh mamat ni dah kenapa ntah -_-''

Entah mengapa dan bagaimana kitaorg boleh panggil "biyboo" and "bbygirl". aku tak ingat la, time ni aku ada bf, tapi ada bf macam ada takda je, malas aku nak layan. -..- time ni aku aktif dekat twitter taw, dia suruh aku follow dia kat twitter, masa tu name kat twitter dia "farysanirhad" oh farysa mybe gf dia kot. Alahh biasa la lelaki mana nak ngaku ada gf kan :) lepastu kitaorg gedik gedik dekat twitter pula. masa gedik gedik tu kan, dia pun ada gedik gedik dengan seorang girl ni. agak jealous la juga, tapi aku buat donoo je sebab aku dah ada bf kan :D hahaha.

Kitaorg selalu contact taw, dah macam couple, yang aku pula bf entah ke mana, dia texting aku tak layan sebab nak balas dendam katakan kan :) haritu aku kat kelantan sebab pakcik aku kahwin dekat sana. Korang tahu kelantan banjir beb ! seronok main aiyak(air) hahaha *cerita yang takda kena mengena -.- okay okay dah malam malam tu sebab penat tengok pakcik aku kahwin aku rehat rehat and texting dengan asyraf, ntah kenapa tiba tiba dia cakap ada benda yang serious dia nak katakan. erk okayy hati berdeborr bila baca text dia, okay aku pun serious then nak tahu dia kata apa, dia kata dia mula suka aku. hahaha aku gelak gila babi wey sampai makcik aku "wey na kau kena sampuk ke? diam sikit boleh tak, nak tidur la" aku pandang kerek kat makcik aku -,- nasib baik gelap, takda la dia nampak sangat muka aku. hahaha dah habis gelak tu aku pun bagitahu la yang aku pun mula sukakan dia. aku gelakkan dia gila babi bukan sebab benda ni kelakar taw, aku gelak sebab aku nak cover malu walaupun dia tak nampak muka aku merah gila time tu. Tapi aku rasa aku buat ayat sedih la dekat dia, yang aku dah ada bf, dia kecewa. *okayy aku lupa sebenarnya.

Ada masa tu bf aku text aku, aku pun reply je lah, kesian kan asyik di abaikan je. text punya text dia perasan yang aku dah lain. aku pun apa lagi straight to the point la, aku cakap yang aku takda perasaan, hati dekat dia. dia pula? hahaha cengeng. merayu bagai nak rak nak kat aku. salah aku ke sebab takda perasaan dekat kau ? kau yg tinggalkan aku. terima saja lah dengan seadanya :) *okay sekarang macam dah masuk cerita lain je -_-''. lepas lose contact dengan mamat tu, aku bagitahu dengan asyraf yang aku dah takda apa apa sekarang dengan mamat tu. dannnnnn dia bertanya macam macam sampai penat la aku nak type semuanya =='' 

First Time berjauhan dengan keluarga, dan belajar di Shahputra

Assalamualaikum...

Hai korang dah lama kau tak update apa apa kan dekat blog ni.. maklum la teknologi dah maju sekarang, macam macam ada. instagram la, keek la, twitter la, macam macam ada sampai aku ignore blog ni. hahaha. Okay hari ni aku nak story pasal first time aku berjauhan dengan parents aku. sedih gilaa bila berjauhan dengan parents ni. dah terbiasa duduk bawah ketiak ibu dengan abah tuptup kena pindah ke kuantan sebab aku dapat sambung belajar dekat sana. Mula mula aku rasa nak pindah, sebab jauhkan diri daripada kekusutan katakan, ekceli nak jauhkan diri pada ex, bila dah berjauhan tu, rindu pula kat ibu dengan abah, kata taknak belajar sini la, taknak duduk sini la, macam macam lah, last last kena membebel dengan ibu. hahaha. Aku duduk sini, ramai kawan. bagai bagai rupa dengan ragam manusia kat sini, ada yang poyo la, bajet hot la, yang warak sampai pakai macam ninja la. huhu.

firstly aku sampai kuantan ni, sebenarnya dah pernah sampai ke kuantan sebab pakcik aku tinggal sini, okay dah sampai kuantan ni aku dengan parents aku pergi roda roda dekat Shahputra, aku dengan muka sememeh buat bodoh je, malas nak ambil port. then dah penat pusing pusing tu kitaorg semua otw ke rumah pakjang pula. tumpang sehari. Esok tu, hari untuk aku daftar nama, dah sampai Shahputra tu, biasalah kena daftar nama bagai bagai. lepastu dengar taklimat sikit dah pemilik Shahputra ni. apa benda dia membebel aku tak ambil tahu langsung sebab...... aku mengantuk sangat weyy. hahaha. Dah habis taklimat masa untuk kitaorg pergi ke hostel kita.

Masa nak pergi ke hostel tu, aku naik bus Shahputra, dan di situ la bermulanya perkenalan aku dengan hazlily. Dia ke aku yang tegur dulu tak ingat, aku rasa dia dulu kot, aku malas nak tegur sebab muka dia Ya Allah kerek gila. hahaha, okay dah borak borak tu sampai tak sedar dah sampai. hoho bila dah sampai tu kitaorg kena naik tangga hostel tu, tinggi wey, takda lif ke T.T penat sangat.. oh oo nak tahu kat mana parents aku? aku cari cari juga, rupa rupanya depa sampai dulu baru aku. semangat betul nak suruh anak dia tinggal dekat situ T^T okayy dah naik tangga tu cari bilik pula, tak sangka la beb aku sama bilik dengan hazlily tu. hahaha kitaorg pergi pilih locker dengan katil nak tidur nanti. weyy panas gila bila tu, kipas gantung kat dinding tu ada 2 je, orang sebanyak 12 orang. kepala buto dia. -.-'' dah siap siap kemas tu, ibu ajak beli barang yang tak beli lagi. Ibu dengan abah bawa pergi ECM dahla itu first time pergi mall. bila nak balik tu sesat sekejap. hahaha pusing punya pusing akhirnya dapat juga jalan keluar. dah sampai hostel tu ibu tak naik, tak larat kot sebab tinggi sangat. dah salam ibu abah hanim tu terus naik atas lepak lepak kenal dengan budak bilik.

Keesokan harinya masa untuk intake 3 jun orentasi selama seminggu. macam haram la orentasi tu. hahaha best gila. tapi kadang kadang bosan juga. aku sama group dengan shera, budak bilik aku. dia okay la baik, sopan, lemah lembut, suara alahai slow je. hahaha. lepastu start la game kitaorg sampai seminggu.Aku sebenarnya penat update banyak banyak ni. k la tamat untuk harini :*